BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 23, 2009

KELEBIHAN TARAWIH..

Kemudian antara kelebihan-kelebihan solat terawih ialah :

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama

* Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua

* Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga

* Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat

* Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima

* Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam

* Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh

* Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan

* Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan

* Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh

* Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas

* Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas

* Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas

* Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas

* Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas

* Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas

* Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas

* Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas

* Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas

* Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh

* Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu

* Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua

* Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga

* Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat

* Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima

* Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam

* Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh

* Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan

* Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan

* Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh

* Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

SUMBER: http://ibnismail.wordpress.com/2008/09/06/puasa-dan-kelebihan-solat-terawih/

Wednesday, August 19, 2009

my story..

tadi dr fazilah announce dkt semua pelajar U3. pasal aku.. dia cukup berbangga kerana aku adalah pelajar OKU yang satu-satunya dalam kelas dia. aku suh dia pakai mike n bercakap jgn bergerak2 sebab aku lips-reading. heehhee kelakar. kesian DR fazilah xbergerak2 dari posisi dia sebab nk bg aku mudah paham. bagus btol..tapi.. bila dia announce dkt org ramai.. aku rasa satu perasaan lain.. semua org dah tahu???? bukan rahsia dah?? adeh!.. aku xkisah pun sebenarnya org tahu.. tapi kalau org xtahu lagi bagus hidup aku...ntahlh.. bila dh bukan rahsia.. aku perlu jadi diri aku sebenar.. knp nk buat mcm manusia normal sedangkan aku sememngnya xnormal.

buhsan!!!

segalanya rahsia.. bahaya luahkan dkt blog nih..
huhuhu

Sunday, August 16, 2009

lama x menulis...

lama rasanya aku xmenulis kat blog nih.. xsihat.. laptop aku pun xsihat jugak.erm.. mcm2.
citer pasal tesis aku dh pening kepala nk buat tesis nih.. dah lah byk subjek lain lagi yg nk kene siapkan asgment, tesis ni lagi nk kene pikir adui..tension!!!!! nk kata susah tu xsusah nk buat cuma xder masa.. nk kene follow up dkt penyelia setiap mgu.. buhsan! erm.. biasalah.. student. mana ada student yang sukakan asgment. ermm

Tuesday, August 11, 2009

xleh tdo..

12hb o8 2009 kul 3 pagi, kul 4 pagi, kul 5 pagi.. aku masih tjaga. xleh tdo knp ntah..sakit kepala aku dibuatnya.ape yang xkene ni.. Ya Allah..

ermm..

biasalh hidup manusia.. xlepas dari dugaan hidup. dugaan dengan kawan, kuarga, kewangan n byk lagih.. xterkecuali aku nih.. kawan..? bercakap tentang kawan? sebenarnya ramai suka kawan ngn aku sejak dari sekolah.sukernyer.. hehehe.. tapi pelik dekat u nih.. aku kawan ngn nabila je.. tapi biasalah kawan ada pasang surut nye. aku suka dia sebab dia paham jiwa aku. n aku nk bawak dia jupe ngn mok aku satu hari nti.amin.. masing2 ada kelebihan masing2 kan. n ego masing2..
sampai bila kita nk merendah diri kan? kene tonjolkan diri jugak. mcm aku.. pendiam je dkt UKM nih.. pelik jugak ape pasal aku jadi perangai gini.. n persepsi awal aku org xsuka kawan ngn aku.. mcm jali kata.. suka buat andaian awal.. hahahaha.. mcm tuh jugak org lain mn buleh wat andaian awal ke aku.. kenali lh aku dulu baru leh nk kata mende pun. tol x?
hahaha.

KAWANKU..

DALAM DUNIA INI,
KITA TIDAK PUNYA SIAPA KECUALI DIRI SENDIRI..
TETAPI DALAM KITA BERSENDIRI,
KITA BERUNTUNG KERANA MEMPUNYAI SEORANG SAHABAT YANG MEMAHAMI KITA..
SEBAGAIMANA…
KITA MENGHARAPKAN KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN SEORANG SAHABAT
BEGITU JUGA DIA..
TETAPI KITA SERING TERLUPA AKAN HAL ITU
KITA CUMA MENGAMBIL KIRA TENTANG HARAPAN DAN PERASAAN KITA
KITA RASA DIKHIANATI BILA DIA TIDAK MENEPATI JANJINYA
KITA TIDAK MEMBERINYA PELUANG UNTUK MENERANGKAN KEADAANYA
BAGI KITA,
ITU ALASANNYA UNTUK MENUTUP KESILAPAN DAN MEMBELA DIRI…
KITA TERLUPA KITA JUGA PERNAH MEMBIARKAN DIA TERNANTI-NANTI,KERANA KITA JUGA ADA JANJI YANG TIDAK DITEPATI
KITA BERI DIA BERIBU ALASAN
MEMAKSA DIA MENERIMA ALASAN KITA,
WAKTU ITU,TERFIKIRKAH KITA TENTANG PERASAANNYA??
SEPERTI KITA,
DIA JUGA TAHU RASA KECEWA TETAPI,
KITA SERING TERLUPA..
UNTUNGNYA MEMPUNYAI SEORANG KAWAN YANG SENTIASA DISISI KITA PADA WAKTU KITA MEMERLUKAN DIA..
DIA MENDENGAR LUAHAN PERASAAN KITA
SEGALA RASA KECEWA DAN KETAKUTAN
HARAPAN DAN IMPIAN KITA LUAHKAN
DIA MEMBERI JALAN SEBAGAI LALUAN PENYELESAIAN MASALAH..
SELALUNYA KITA TERLALU ASYIK BERCERITA TENTANG DIRI KITA
HINGGA KADANG-KADANG KITA TERLUPA KAWAN KITAJUGA ADA CERITA YANG INGIN DIKONGSI BERSAMA KITA..
PERNAHKAH KITA MEMBERINYA PELUANG UNTUK MENCERITAKAN TENTANG RASA TAKUT RASA BIMBANGNYA??
PERNAHKAH KITA MENENANGKANNYA SEPERTI MANA DIA PERNAH MENYABARKAN KITA?IKHLASKAH KITA MENDENGAR TENTANG KEJAYAAN DAN KEGEMBIRAANYA?
MAMPUKAH KITA,MENJADI SUMBER KEKUATANNYA SEPERTI MANA DIA MENIUP SEMANGAT SETIAP KALI KITA MERASA KECEWA DAN MENYERAH KALAH?DAPATKAH KITA,YAKINKAN DIA BAHAWA KITA BOLEH DIPERCAYAI..KITA BOLEH DIJADIKANTEMPAT UNTUK BERSANDAR BILA TERASA LEMAH AGAR TIDAK REBAH?
BOLEHKAH KITA
MENJADI BAHU UNTUK DIA SANDARKAN HARAPAN?SESEKALI JADILAH KAWAN YANG MENDENGAR DARI YANG HANYA BERCERITA.
AMBILLAH MASA UNTUK MEMAHAMI HATI DAN PERASAAN KAWAN KITA..KERANA DIA JUGA SEORANG MANUSIA..
DIA JUGA ADA RASA TAKUT,RASA BIMBANG,SEDIH,DAN KECEWA.
DIA JUGA ADA KELEMAHAN DAN..
DIA JUGA PERLUKAN KAWAN SEBAGAI KEKUATAN.
JADILAH KITA KAWANNYA ITU,
KITA SELALU MELIHAT DIA KETAWA ,TETAPI MUNGKIN SEBENARNYA DIA TIDAK SETABAH YANG KITA SANGKA,
DI SEBALIK SENYUMANNYA ITU,MUNGKIN BANYAK CERITA SEDIH YANG INGIN DILUAHKAN.
DISEBALIK KESENANGANNYA,
MUNGKIN TERSIMPAN SERIBU KEKALUTAN,
KITA TIDAK TAHU..
TETAPI JIKA CUBA MENJADI SAHABAT
SEPERTI DIA
MUNGKIN KITA AKAN TAHU…

Sunday, August 9, 2009

linguistik..

ape pasallha linguistik nih byk sgt istilah sains? aku suka tapi pyh nyerlah nk ngingat... nk paham apetah lagi..huhuhu.. aku study psiko mcm nk pecah pale ni.. tapi aku suka jer blajo nk paham jer pyh sikit. biasalah tuh..tesis plok aku xmo juper lagi arh ngn penyelia sebab x wat siap lagi.. bahan cari xjupo lagih.. buhsan!

Saturday, August 8, 2009

byknyer keje

byk gler keje aku.. pengurusan masa tu nk kene buat poster lok doh..adeh..
xreti aku. erm bentang proposal lok mgu depan aku xkene lagi. buat cincai2 jah tu gak.xsihat payah nk buat keje. buhsan tol! H1N1 plok makin meluas.. jaga2..takut aku. ari ni mati plok sorg dkt melaka pekerja kilang.. innalillah..

pencemaran bahasa???

mende pencemaran bahasa ni!?? mula aku xpaham gok menede bahasa yang tercemar nih? ooo rupanya bahasa slanga, bahasa rojak or bahasa yang dh tunggang terbalik rupanya.. pendek kata bahasa yang xdiuse dgn betol erk. eja pun saloh!!! pencemaran bahasa.. hohoho. adatlah tu.. bukan mesia ni jo ada pencemaran bahasa.. tempat len pun ado gok.. dalam lagu tu lagi teruk.. rosak abis bahasa org. hehehe. kalu xcmpur bahasa skema namanya. kan buhsan tuh!
skema jek. hehehe pendapat akulah pencemaran bahasa ni memg berlaku n kat mn2 je ada.. atas diri kita lah nk jaga ikutlah situasi.. yang pasti balance.. jgn semua tempat n situasi nk campur bahasa slanga n rojak gok.. setengoh org tuh sebab status lah, sebab akademiklh n mcm2 lagi impaknyo.. guna bahasa campur2..punohlh bahasa ibunda.. bahasa melayulah bahasa mane lagi nye.adeh!sebgai dk linguistik aku kene ada kesedaran tinggi berbanding org lain dlm pelihara n jaga bahasa melayu ni.. nk jaga konon.tulis pun xbtol.. heheh. ok bg semua pencinta bahasa melayu ni.. jagalah bahasa kita sebab bahasa melayu lah paling cantik dkt dunia ni dgn sifat halusnya, kasarnya, sopannya semua ada dlm bahasa.. org len xdok.. kalu ade pun sikit jah.huhuhhu

add dohh..

yer lah.. add doh ni liza n muni weh..
jgnlh ngajuk lok..
kak nora xwapo sihat ni.. ni baru tgk blog ni.. hohoho. suh lh budok2 lain add kak nora etek k.

Wednesday, August 5, 2009

peningnyer..

pening weh nk pikir objektif kajian ni.. dhlah aku ada masalah tapi kene pikir permasalahan kajian plok doh.. xtahu menda nk wat.. tny org tu suh wat sdiri. tny org ni suh wat diri.. bukan nk tlg. buhsan! esok nk kene bentang ke puan harishon. takut aku! adeh!nk je aku jerit kuat kat bilik ni.serabut weh..kepala aku sakit bek aku tido dulu lagi best dari aku buang masa tapi xdpt pape..tol x?huhuhuhu

Tuesday, August 4, 2009

edit blog..

semalam lagi aku duk edit blog ni.. asgment yang AJ suh wat aku xwat2 lagi.. yerlah tenet kureng.. napelah..he.nnt aku citer.. kelas hari ni padat tol.. sakit dh otak aku ni.ape benda aku blaja ntah.hem.